Tuesday 26 March 2013

TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN HOWARD GARDNER

Holla
New post again..
Kali ini mengenai Teori Kepelbagaian Kecerdasan Howard Gardner
Siapa beliau??



Howard Earl Gardner dilahirkan pada 11 Julai 1943.
Beliau merupakan graduan daripada Universiti Harvard.
Menurut beliau, setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza dan ianya perlu dinilai secara sama rata. 
Teori ini menjelaskan bahawa kecerdasan adalah satu kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya.

Terdapat 9 jenis kecerdasan:
1) Kecerdasan Verbal
2) Kecerdasan Logik
3) Kecerdasan Fizikal
4) Kecerdasan Visual
5) Kecerdasan Muzikal
6) Kecerdasan Intrapersonal
7) Kecerdasan Interpersonal
8) Kecerdasan Naturalis


Kecerdasan Verbal/Linguistik/Bahasa
Berkebolehan menggunakan bahasa secara lisan dengan efektif melalui lisan atau bertulis. Ini termasuklah kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan yang baik dan sempurna.

Kecerdasan Logik
- Kebolehan menggunakan nombor dan melibatkan pemikiran saintifik termasuklah menggunakan sebab dan akibat. Kemahiran logikal ini meliputi penyelesaian masalah,geometri serta melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Kecerdasan Fizikal
- Berkait rapat dengan pergerakan seperti koordinasi dan keseimbangan badan. 

Kecerdasan Visual
-Kebolehan untuk berfikir secara gambaran,imej,bentuk dan corak. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu berkebolehan membaca,menulis serta mantafsir graf, melakar,melukis dan menterjemah imej secara visual.

Kecerdasan Muzikal
- Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal dan membezakan antara bunyi dan muzik. Mereka mampu untuk meluahkan perasaan melalui muzik. Kemahiran mereka termasuklah menyanyi,mencipta lirik,membuat melodi dn memahami rentak muzik.

Kecerdasan Intrapersonal
- Kebolehan untuk menilai diri sendiri serta mempunyai gambaran yang tepat terhadap diri sendiri. Kemahiran terlibat termasuklah mengenalpasti kelemahan serta kekuatan diri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. 

Kecerdasan Interpersonal
- Kemampuan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Kebolehan ini membolehkan mereka melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Mereka juga bijak mengawal perasaan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan dengan bercakap,hubungan mata dan bahasa tubuh.

Kecerdasan Naturalis
- Kebolehan untuk mengenali,menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna.

Done for this post.
Alhamdulillah.
:)



No comments:

Post a Comment