Saturday 23 March 2013

JEAN PIAGET

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET



Jean Piaget dilahirkan pada 9 Ogos 1986 di Switzerland.
Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh dalam bidang pendidikan.
Sebagai seorang ahli psikologi terkemuka, dia turut memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1980 meninggalkan bersama-sama sumbangan besar beliau kepada dunia pendidikan.

Melalui kajian beliau, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza di antara satu sama lain. Perkembangan ini juga dipengaruhi oleh perubahan umur mereka. Piaget telah membahagikan peringkat ini kepada peringkat utama:

1) Sensori motor (0-2tahun) 
- Tingkahlaku adalah terbatas dan menggunakan deria motor
- Belum belajar untuk menggunakan simbol dan bahasa.
- Pengamatan berlaku hanya pada perkara yang nampak dan jelas sahaja.
- Pengekalan objek ( gambaran objek dalam memori)
- Penggunaan deria dan fizikal sebagai permulaan perkembangan kognitif.

2) Peringkat pra-operasi (2-7tahun)
- Kemahiran berbahasa semakin meningkat
- Media sebagai medium pembentukan skema
- Perwakilan objek menerusi simbol
- Mempunyai sikap egosentrik yang tinggi
- Mula berfikir secara logik tetapi hanya satu arah dan bukan secara keseluruhan
- Masih tidak begitu memahami konsep pengekalan bahan.



3) Peringkat Operasi Konkrit (7-11tahun)
- Sudah berfikir secara logik namun terikat dengan situasi konkrit
- Penguasaan pengekalan berasaskan trait
- Penguasaan proses penyusunan berasaskan siri.
- Egosentirk semakin berkurang dan semakin boleh berinteraksi dengan orang lain.
- Naluri ingin tahu yang semakin meningkat
- Pemikiran secara berpusat semakin berkurangan dan telah boleh berfikir dari pelbagai sudut.

4) Peringkat Operasi Formal (selepas 12tahun)
- Kemuncak perkembangan kognitif individu
- Pemikiran abstrak
- Sukar untuk menerima pendapat orang lain
- Pola pemikiran yang semakin sistematik


Till then, have a good ahead peeps!
Assalamualaikum.
:)












No comments:

Post a Comment