Monday 18 March 2013

Arnold Gesell

Assalamualaikum. New day. New post to be create.. Hollllll
Kali my post tentang tokoh-tokoh perkembangan awal kanak-kanak..
My first tokoh?

Arnold Gesell  

Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucas Gesell,dilahirkan di Wisconsin pada 21 Jun 1880.
Beliau berkelulusan daripada  Universiti of Wisconsi.
Pernah menubuhkan Yale Clinic of Child Development.
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau merupakan pengarah kepada Gesell Institute of Child Development di New Heaven,Connecticut.
Beliau meninggal dunia pada tanggal 29 Mei 1961.

Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku menigikut tahap tertentu dan adalah berbeza di antara individu.

5 PERINGKAT PERKEMBANGAN GESELL

1) Peringkat satu : 0-1 tahun

Seawal usia,bayi akan menangis untuk meminta sesuatu daripada ibu atau orang di persekitarannya.
Pada usia 4 bulan pula, bayi akan menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapan mereka.
pada usia 7 bulan pula, lazimnya kanak-kanak sudah boleh menggenggam,merangkak dan juga duduk
Usia 12 bulan pula kanak-kanak sudah berupaya berlari.

2) Peringkat 2 : 1-2 tahun

Kemahiran motor mereka akan mula meningkat. Mereka akan mula bertatih dan mula belajar untuk belajar dengan lebih stabil. Mereka juga mula memahami apa yang dimaksudkan dengan jangan selain akan mula untuk menguasai bahasa mudah namun mungkin sebutan mereka pelat sedikit.

3) peringkat 3 : 2-3 tahun

Mereka sudah mampu untuk berjalan sendiri tetapi mereka memerlukan pengawasan ibu bapa. mereka juga sudah boleh bercakap dengan menggunakan ayat-ayat mudah.

4) Peringkat 2: 3-4 tahun

Kemahiran motor mereka akan mula meningkat di mana pada usia ini mereka akan mampu untu menunggang basikal roda tiga di samping telah dapat mendengar sera mematuhi arahan ibu bapa

5) peringkat 5 : 4 tahun ke atas

Kanak-kanak akan mula bersosialisasi dan mula bersahabat/ mereka juga akan semakin kerap bertanya tentang apa yang mereka lihat di sekeliling mereka. Usia 4 tahun dan ke atas merupakan masa yang tepat untuk menghantar mereka ke prasekolah.

Till then. Sambung post yang lain sebab takut terlampau panjang pulak.
Have a nice day peeps! 
:)




No comments:

Post a Comment