Friday 22 March 2013

MARIA MONTESSORI


Maria Montessori merupakan salah seorang daripada tokoh yang membawa kepada perkembangan bidang awal kanak-kanak serta pengasas kepada kaedah Montessori.
Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1870 di Chiaravalle, Itali.
Beliau merupakan doktor wanita pertama di Itali dan merupakan salah seorang tokoh pendidikan yang berpengalaman dalam mendidik kanak-kanak terencat akal di Rome.
Beliau menyokong pendapat Froebel yang membenarkan aktiviti bermain di dalam pembelajaran kanak-kanak.

Konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak

1) Minda yang mudah menyerap
- Kanak-kanak akan mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka. Kanak-kanak akan mula menyerap dan menyusun pengalaman sejak mereka lahir.

2) Persekitaran yang tersedia
- Ini akan menggalakkan perkembangan kanak-kanak dengan persekitaran yang lengkap. Guru berperanan sebagai penunjuk cara

3) Didikan diri
- Pembelajaran yang berbentuk membetulkan diri - kanak-kanak akan meniru dan mengulang sesuatu perbuatan dalam pembelajaran mereka.
Guru hanya berperanan sebagai penunjuk ajar dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

4) Bahan pembelajaran
- Guru hanya akan menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajaran secara bebas dan sukarela.

5) Tempoh sensitif
- Merupakan tempoh yang paling sesuai bagi kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh ini ditunjukkan apabila kanak-kanak mula menunjukkan kesediaan dan minat untuk mempelajari sesuatu.

Falsafah Montessori turut menyatakan bahawa:
a) Ibu bapa perlu diberi bimbingan dalam perkembangan kanak-kanak.
b) Kanak-kanak mempunyai tempoh sensitif dan ianya adalah berbeza mengikut perkembangan masing-masing.
c) Kanak-kanak boleh melatih diri merekan dengan sedikit bimbingan daripada orang dewasa.
d) Maklumat yang diterima dari deria adalah maklumat asas untuk semua jenis pembelajaran.
e) Bahan pembelajaran yang digubah Montessori dapat melatih kanak-kanak mengurus diri dan berdikari melalui pengalaman sebenar mereka serta kegunaan bahan manufulatif.
f) Guru akan turut  dapat meningkatkan pengetahuan mereka melalui pengalaman kanak-kanak.
g) Kanak-kanak memerlukan persekitaran serta alat pembelajaran yang tersusun dan berciri kanak-kanak.
h) Persekitaran yang lengkap perlu disediakan guru bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
i) Guru hanya berperanan untuk membantu kanak-kanak dan bukan memaksa atau menentukan arah tuju pembelajaran kanak-kanak.

PRINSP-PRINSIP DALAM KAEDAH MONTESSORI

1) Menghormati kanak-kanak dan hak mereka
2) Konsep kebebasan
3) Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4) Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5) Kanak-kanak melakukan aktiviti latihan kendiri
6) Kepentingan disiplin diri
7) Tempoh sensitif yang berbeza bagi kanak-kanak
8) Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya.
9) Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri
10) Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan.





















No comments:

Post a Comment