Saturday 9 March 2013

All about preschoollll

Assalamualaikum dan selamat petang..
Baru ada mood nak tulis blog..
Nampak tak betapa malasnya di situ..
:)

Last class, Dr Zuraidah ada sentuh pasal falsafah, matlamat dan objektif pendidikan prasekolah.
Falsafah yang terlibat di sini merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerangkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS..
Ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan  yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran kelurga masyarakat dan negara. 
Matlamat Pendidikan Prasekolah ialah untuk mengembangkan potensi kanak-kanak dalam setiap aspek perkembangan, dapat menguasai kemahiran asas serta memupuk nilai-nilai positif dalam diri mereka sebelum melangkah ke sekolah rendah..

Sedikit mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, seawal abad ke 19 telah bermula perkembangan di Eropah dan pada awal abad ke 20 di AS.
Antara tokoh penting dalam merintis perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah Froebel,Montessori dan Pesstalozzi.
Tadika pertama di dunia didirikan di Jerman oleh Froebel dan dinamakan Kindergarten.
Di peringkat ASEAN pula, pendidikan awal kanak-kanak mula diberikan perhatian selepas perang dunia ke dua. 
Di Singapura, Filifina dan Thailand, prasekolah ditubuhkan sekitar 1900-an.
nPrasekolah di Malaysia hanya mula berkembang sekitar tahun 1940-an..


Program Head Start merupakan projek pendidikan yang dijalankan bagi membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan yang mundur serta mereke yang tidak mampu untuk mendapatkan pendidikan disebabkan oleh faktor kemiskinan. 
Kini program ini ditadbirkan oleh US Department of Health and Human Services.
Terdapat beberapa ciri program Head Start.
1) Penglibatan ibu bapa - ibu bapa memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran,pengurusan sekolah dan juga perancangan program. 
2) pemakanan - kepentingan untuk makan makanan yang sesuai dititikberatkan selain kanak-kanak juga diberi penduan bagaimana untuk menjaga gigi dengan betul.
3) kesihatan - program pergigian,perubatan,kesihatan mental dan juga perkhidmatan kesihatan makanan
4) perkhidmatan sosial - membantu ibu bapa serta kanak-kanak ke arah kehidupan yang lebih berkualiti.
5) pendidikan - kanak-kanak akan mengalami pengalaman baru dalam memupuk perkembangan sosial,intelek,rohani,jasmani dan emosi.

Sudah panjang kirenye saya berceloteh..
Banyak manfaat pulak rasanya bila kena buat blog ni,banyak dapat pengalaman dan pengetahuan baru.
Semoga dapat iistiqamah dan dapat pengajaran daripada apa yang cuba disampaikan.
Sehingga berjumpa lagi untuk next post.
Till then, Assalamualaikum and have a good day peeps!
:)

p/s:Important notes to be taken!

11 Anjakan PPPM 2013-2025
1) meyediakan kesaksamaan akseskepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2) memastikan setiap profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4) Transformasi perguruan sebagai profesion pilihan
5) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6) Mengupaya JPN,PPD dan sekolahuntuk menyediaka kursus berasaskan keperluan
7) Memanfaatkan ICT bagi kualiti pembelajaran di Malaysia
8) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
9) Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor awam secara meluas
10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

No comments:

Post a Comment