Saturday 23 March 2013

PERMATA

Holla!
New post again.
Let us learn about PERMATA today.
:)



Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) merupakan program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Program ini adalah adaptasi dari konsep Learning is fun through play dari Pen Green Centre, Corby England. Objektif utama PERMATA ialah menghasilkan modal insan negara cemerlang,gemilang dan terbilang dalam menuju wawasan sebagai negara maju di masa hadapan.PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu yang merangkumi aspek pemakanan,kesihatan,penglibatan ibu bapa dan komuniti.

Kurikulum PERMATA disesuaikan dan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di Malaysia. Ianya sedikit berbeza kerana memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam kemahiran kognitif,sosio-emosi,komunikasi dan fizikal. Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka,mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.

Teknik teknik seperti:
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
-Menghayatimuzik dan seni,nynyian dan pantun,tarian dan lakonan.
 telah mewujudkan persekitaran yang sesuai dan seronok kepada kanak-kanak.

Teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:
- Pembinaan hubungan emosi,kasih sayang,rasa selamat dan yakin diri
- Sentuhan dan belaian
- Berkawan dan sosial
- Belajar melalui percubaan dan penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran Matamatik dan pemikiran secara logik.

Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan antara penyumbang kepada pembangunan program PERMATA ini.

Sekian dulu untuk post kali ini.
Jumpa lagi in next post.
:)



No comments:

Post a Comment