Friday 22 March 2013

SIGMUND FREUD

Sigmund Freud dilahirkn pada tahun 1856 di Chechoslovakia.
Beliau merupakan seorang doktor perubatan namun mempunyai minat yang mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri.


Beliau turut memberi banyak sumbangan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut beliau, segala perkara yang berlaku pada zaman awal kanak-kanak akan mempengaruhi peringkat perkembangan mereka yang seterusnya.
Beliau turut berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia amat dipengaruhi oleh perkembangan fizikal. 
Menurut beliau perkembangan emosi individu dapat dibahagikan kepada 5 peringkat:

1) Peringkat oral (0-1tahun)
- Memperoleh kepuasan ketika berumur 8 bulan apabila telah belajar meghisap, menggigit dan menelan.
- personaliti terbentuk daripada pengalaman.
- mereka yang tidak mendapat kepuasan ketika zaman kanak-kanak akan membentuk personaliti yang pasif.

2) Peringkat anal (1-3tahun)
- kanak-kanak mula bersedia mengawal fungsi biologi seperti membuang najis.
- mereka akan memberi tumpuan yang lebih dalam hal ini kerana menginginkan lebih perhatian daripada ibu bapa
- sifat kemas dan pembersih juga akan dapat dipupuk pada peringkat ini sekiranya mereka dididik dengan betul

3) Peringkat falik (3-6tahun)
- Kanak-kanak telah mula mengenali jantina masing-masing.
- Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak dilihat memegang kawasan kemaluan mereka.
- Keadaan bagi kanak-kanak perempuan disebut elektra kompleks, di mana mereka cenderung meniru ibunya bagi mendapatkan perhatian bapa mereka.
- bagi kanak-kanak lelaki keadaan ini disebut oedipus kompleks. Mereka akan meniru gaya ayah mereka bagi menarik perhatian ibu mereka.

4) Peringkat latensi (6-11tahun)
- Dikenali sebagai peringkat pendaman
- Kanak-kanak akan mula sibuk dengan persekolahan menyebabkan keinginan seksual mereka terhadap rakan yang berlainan jantina dipendam dahulu 
- Kanak-kanak perlu berkawan bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
- Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan dalam keperluan sosial mereka lazimnya suka mengasingkan diri, dipinggirkan serta sukar untuk bergaul apabila dewasa.

5) Peringkat genital (12 tahun ke atas)
- Kanak-kanak mula memasuki alam remaja dan mengalami fasa akil baligh.
- Mereka akan mula menunjukkan minat kepada rakan yang berlainan jantina.
- Menurut Freud, tenaga seks(labido) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar ringkup keluarga mereka.

Itu adalah hasil pemahaman saya mengenai Freud.
Hopefully dapat membantu.
Thanks a lot!
XOXO














No comments:

Post a Comment