Monday 18 March 2013

Robert Havighurst

Holllaaaa..
kali nie post tentang Robert Havighurst pulak.

Beliau dilahirkan kepada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin.
Beliau merupakan seorang profesor, ahli fizik dan juga pendidik. Ibubapanya merupakan pensyarah di Lawrence University.
Menurut beliau,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. 
ini turut memberi maksud perkembangan personaliti mereka turut akan di pengaruhi oleh nilai2. norma serta budaya masyarakat.
Beliau meninggal pada 31 Januari 1991 akibat Alzheimeir pada usia 90 tahun.

Teori perkembangan yang dikemukan oleh beliau membawa maksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang seharusnya dikuasai oleh individu pada peringkat-peringkat tertentu.
Beliau telah membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada tiga peringkat:

1) Sejak lahir - 6 tahun

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula bertutur namun mereka masih mempunyai sifat egosentik yang tebal, dengan  sentiasa bercakap mengenai diri mereka sendiri.
pada usia 6 tahun pula, mereka mula belajar bertolak ansur dan mula menerima pendapat orang lain.

2) 6 - 12 tahun

ketika ini, kanak- kanak sudah mampu untuk mebguasai beberapa kemahiran termasuklah kemahiran untuk bersosial dengan orang lain.
pada peringkat ini juga, mereka belajar mengnai hak-hak mereka, kekuatan serta kelemahan diri mereka serta orang lain.

3) 12 - 18 tahun

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula mengalami akil baligh. Mereka akan mula cenderung untuk meminati mereka yang berlainan jantina. mereka juga akan belajar menjadi lebih bertanggungjawab dan mengharapkan agar masyarakat menrima tingkah laku mereka.

Havighurst percaya bahawa manusia mempunyai tugas-tugas tertentu pada setiap tahap perkembangan. beliau juga percaya bahawa tugas inilah yang akan mempengaruhi peringkat perkembangan hidup mereka seterusnya.

Alhamdulillah. Dapat ilmu lagi. Syukur.
Till then.
Have a nice day peeps!
:)







No comments:

Post a Comment