Sunday, 24 March 2013

TEORI KONSTRUKTIVISME JEAN PIAGET

Terdapat 4 konsep utama iaitu:

1) Skema
- Merupakan potensi yang sedia ada dalam diri manusia. Ini membolehkan mereka mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Skema juga merupakan proses mencipta,memperhalus,membuat perubahan,menyusun serta mengurus. Contohnya, apabila lahir, bayi telah mempunyai skema menghisap. Jad mereka cenderung untuk menghisap apa saja yang dimasukkan ke dalam mulut mereka. 

2) Asimilasi
Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan menyesuaikan dengan pengetahuan mereka yang sedia ada. Mereka akan menyerap maklumat baru ke dalam struktur/skema sedia ada.  Proses ini berlaku sepanjang masa kerana pengalam dan maklumat diterima manusia sepanjang masa.Perubahan dalam proses ini adalah bersifat kuantitatif.

3) Akomodasi
Merupakan proses penyesuaian dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Jika maklumat baru bersesuaian dengan skema, ianya akan diserap. Sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini bermakna proses penyesuaian berlaku apabila skema sedia ada diubah suai dan digabung dengan maklumat baru. Skema akan bertingkat dan proses ini juga berlanjutan sehingga individu mencapai tahap pemahaman yang stabil.

4) Keseimbangan
Keseimbangan tercapai apabila kanak-kanak dapat menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi dan berjaya, keseimbangan akan berlaku. Sebaliknya jika skema baru tersebut tidak sesuai, keseimbangan tidak akan berlaku. Proses pembinaan skema baru akan berlaku secara berterusan sehingga mencapai keseimbangan. 

Lagi banyak tulis,lagi banyak faham.
Alhamdulillah.
Semakin bertambah pengetahuan.
Pengetahuan sedia ada dapat dimantapkan.
:)






No comments:

Post a Comment