Friday, 22 March 2013

ERIK ERIKSON

Erik Erikkson juga merupakan salah seorang daripada tokoh yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt Jerman.
Beliau sangat dikenali kerana sumbangan besar dalam bidang psikologi selain turut terkenal dengan konsep krisis identiti berdasarkan pengalaman beliau sendiri  sejak kecil.
Beliau meninggal dunia pada tanggal 12 Me 1994 pada usia 91 tahun.



Teori Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikosial Erikson kerana menggabungkan tigafaktor penting yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu kendiri,emosi dan sosial.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIK ERIKSON

Peringkat 1 - Percaya lawan tidak percaya (0-18bulan)
Ini ditentukan oleh pengalaman bayi di mana mereka akan belajar percaya atau tidak dengan orang lain. Ini akan mempengaruhi sikap serta interaksi bayi tersebut dengan orang lain. Rasa percaya akan timbul apabila bayi berasa selamat dengan individu di persekitaran dan sebaliknya apabila mereka tidak dijaga dengan sempurna.

Peringkat 2 - Autonomi lawan keliru (18 bulan ke 3 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak akan mula mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perbuatan sendirian. mereka tidak suka dibantu dan lebih suka berdikari.

Peringkat 3-Inisiatif lawan Rasa Bersalah (3 ke 6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak cenderung untuk meneroka sesuatu yang baru. sifat ingin tahu mereka sangat tinggi pada ketika ini. Mereka akan melakukan pelbagai perkara untuk mengurangkan rasa inin tahu tersebut. Mereka juga akan meniru perbuatan orang dewasa di sekeliling mereka. Ibu bapa tidak seharusnya menegah perbuatan ini kerana ianya hanya akan menimbulkan masalah di masa hadapan.

Peringkat 4 - Tekun lawan rendah diri (6-12 tahun)
Apabila mereka mendapat pengetahuan atau pengalaman baru mereka akan berusaha dengan tekun. sebaliknya apabila usaha mereka tidak berjaya, mereka cenderung untuk berasa rendah diri.

Peringkat 5 - Identiti lawan Kekeliruan identiti (12-18 tahun)
Remaja perlu mencari dan membentuk identiti mereka selari dengan minat,agama sera faktor-faktor penting yang lain.

Peringkat 6  Rpat lawan pengasingan (18-35 tahun)
Hubungan yang rapat akan membawa kepada kejayaan sesebuah perhubungan sebaliknya jika ini tidak berlaku, individu cenderung untuk rasa terpinggir.

Peringkat 7 Generativiti lawan pemusatan diri (35-60tahun)
Setiap individu akan berusaha untuk memuaskan hati individu lain serta menyokong generasi akan datang. sebaliknya, ada yang hanya menumpukan aktiviti sendiri sahaja.

Peringkat 8 - Kesepadual lawan putus asa (60 tahun ke akhir hayat)
Ini adalah peringkat puncak di mana perasaan puas datang dengan sendirinya dan ada individu yang berputus asa dengan kehidupannya.

Pening nak memahami teori nie.
:')
Sekadar perkongsian.
Semoga post ini dapat membantu anda memahami serba sedkit mengenai Erik Erikson.
Till then.
Assalamualaikum.
:)














1 comment: